Home » Karya » Islam Kini Lemah

Islam Kini Lemah

Islam kini lemah.
Mudah binar dirasuk,
mabuk dirias emas
buta dikerling kaya.

Islam kini lemah.
Ukhuwah dilewa
mahabbah disirna
angkuh dikuasa
kuat jua dibangga.

Islam kini lemah,
Menguja mudah
memaaf payah
diraja ego, merela
diseru insaf, membongkak
malar tanpa rubah.

Islam kini lemah.
Kejar sehabis duniawi
lari menjauh ukhrawi
lemas berhujan tamak
mati dibanjir haloba.

Islam kini lemah.
Zalimi yang seagama
segani kaum neraka.
Mengapa dibeza strata?
Mendamping yang sama,
mengusir yang hina?

Islam kini lemah.
Bungkam diancam kafir
gentar diratah munafik
biar bergenggam perisai
namun islam kini tegar
menjahil sejahil Jahal.

al fannani
14 Mac 2008 , 0110
Casa de Playa

( Islam Kini Lemah )

2 thoughts on “Islam Kini Lemah

  1. Assalamualaikum wbt buat penulis
    semoga di dalam lindungan Allah sentiasa

    puisi yang indah
    tetapi
    sedikit pandangan dari saya
    bukan ISLAM yang lemah
    sebagai haqqul dien, Islam tidak pernah lemah..
    yg lemahnya adalah UMAT Islam yang tidak pernah belajar dari kesilapan..
    mencedok apa yang di luar Islam, atau menggandingkan Islam dengan sesuatu yang bukan datangnya dari Islam.
    yg Haq akan tetap haq, yang batil selamanya akan tetap batil
    kedua2nya tidak akan pernah berganding bersama, bahu membahu
    kedua2nya akan tetap berjalan di sisinya masing2…

    saya tahu itu yang ingin penulis sampaikan sebenarnya 🙂

  2. Walaikumsalam. Terima Kasih.

    Sekiranya saudari telah memahami maksud sebenar puisi ini, maka anda telah berjaya menggeledah maksud ISLAM yang terdapat dalam puisi ini. Benar bukan ISLAM yang lemah tapi UMAT. Namun bagaimana ISLAM itu akan menjadi kuat kalau UMATnya longlai? Bagaimana pokok boleh teguh berdiri kalau akarnya telah reput? Rumah juga akan runtuh kalau tiangnya rapuh. Benar bukan? Jadi saya gunakan ISLAM di dalam puisi ini sebagai satu konklusi. Dan semestinya saya sengaja berbuat sedemikian. Kerana saya tahu, pembaca mampu merungkainya.

    Saya datangkan contoh lain kenapa saya gunakan ISLAM di sini. Seperti seorang anak yang nakal, mengambil dadah dan sebagainya, semestinya ibubapa menjadi mangsa bukan? pasti nama mereka akan diperkatakan. Jadi beginilah sama keadaannya penggunaan ISLAM dalam puisi ini.

    Kenapa zaman nabi dan sahabat dahulu ISLAM teguh? Kerana mereka bukan calang-calang manusia yang menjaga agama mereka seperti nyawa. Malah agama itu lebih berharga dari nyawa mereka. Sekarang? ISLAM diinjak-injak bukan? Kerana tiada kesatuan antara kita, kita tidak boleh mengawal dunia.

    Begitulah ringkasnya. Saya tahu saudari faham dan berjaya menggali maksud dan penggunaan ISLAM di dalam sajak ini. 🙂

    Terima Kasih atas komentar dan pandangan 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s