Nafsu

Masuk tak beradab
rangkul jiwa,
sampai tak tercakap.

Ketika senyap datang mendakap,
kala taqwa telah terperangkap
apalagi iblis mengucup-ngucup
hingga gerbang iman, terkuncup.

Sedarkah? Kamu-
sedang dikunyah nafsu?

Hati yang katup, bukalah
baja-baja bismillah, taburlah
biar goda itu nyah! Kerana Ilah
adalah MAHA yang tak terkalah.

Al-Fannani
29 Januari 2009, 1503
Villa Jaria.

( Utusan Borneo, 08 Mac 2009 )

karya-di-utusan-borneo21karya-di-utusan-borneo21

9 Responses leave one →
  1. 2009 March 14
    Ali Sabardin permalink

    Salam, anda warga Malaysia atau Indonesia? Saya kagum dengan kehebatan Allah & kurniannNya kepada al-Fannani. Bahasanya hidup! Teruskan…

    • 2009 March 14

      Walaikumsalam. Saya warga Malaysia. Terima kasih. Syukur pada Tuhan. Saya masih belajar lagi bab penulisan ni. :) Terima Kasih

  2. 2009 March 14

    salam.
    mabruk atas karya yg tersiar.
    teruskan bersastera. ;)

  3. 2009 March 23

    patut la x nak tukar blogspot..
    rupenye dah jadik selebriti sastera kat sini..
    huhuh…menci..

  4. 2009 April 1

    mantap, pilihan kata yang bernas
    saya suka diksi melayu karena begitu, terasa begitu indah

  5. 2009 April 6
    aihumaira permalink

    kakkoi..akak suker puisi tue…I’ve told u mmg kakkoi sgt berbakat!Jangan disia-siakan bakat yang ada yer…ganbatte ne!

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS