Karya

Nota Terakhir di Pucuk Perjalanan

Selamat tinggal rakan selamat tinggal dian selamat tinggal perkenalan dan persahabatan selamat tinggal Mediterranean selamat tinggal sekalian selamat tinggal. Betapa waktu itu adalah lintar melempar kita ke buana kepantasan dan aku pengutip ilmu, kini runtuh di daratan kepasrahan angkara sang dajal perpisahan. Betapa hari dihitung jemari, saat kepulangan kian mendekati dan aku masih tercari-cari sehelai [...]

Aku Anai-Anai

Kugali tiap hari lalu, yang kutemui adalah untaian kesilapan. Kukaji segala malam, yang kutemui adalah kerlipan keinsafan. Kucari sebuah hari yang indah yang bisa silap dan salah itu musnah, dan kutemui adalah lebaran sekalian manusia semuanya bermaafan. Betapa aku seekor anai-anai menggeledah segala khazanah silap dan dosa, menagih gumpalan keampunan yang maha. Dan di sini [...]

Hanya Beberapa Hari

Hari demi hari berlalu dengan laju dan aku masih lagi dihambat waktu, duduk memikirkan kerja-kerja yang masih belum selesai, sedang hari kepulangan sering dihitung, dan kini aku sudah pasti waktunya, tiada lagi erti kata ragu untuk itu. Aku perlu tangkas. Saban hari kian sesak hati dek embunan yang memeritkan, nadi juga terasa longlai denyutannya, dan [...]

TC Telah Dijajah

Sejahtera, Sekalung selawat buat Imam Besar sekalian manusia. Agak lama jugak Al-Fannani tidak bertegur dengan blog. Bukan rajuk walau kelahi namun waktu yang gelojoh berlalu diusir malas tatkala kemarau melanda otak. Alhamdulillah, berkat usaha yang diternak tunak, dibaja dengan sabar yang larik, karya Al-Fannani berjaya mencapai misi Jom Tembus Media. ini adalah kali pertama, berjaya [...]

Gerimis di Al-Hambra

Nampaknya dia basah lagi kedua kali setelah secupak janji ke puncak kasih menjadi basi kerana sentuhan luka dari serigala buana yang avid disuap rasuah oleh kemalasan. Dan aku perlu tabah lagi mencari waktu untuk kusampaikan segulung cinta. Juga masa-masa untuk aku menjadi kain menadah manik-manik yang deras berguguran. Sabarlah. Berdoalah. Agar nanti mata kita ada [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 37 other followers