Celoteh

KUSUT!

TEPAT jam 12 tengah malam nanti, maka tinggal 2 hari sahaja lagi untuk aku menetap di penjara ilmu ini. Interaksi kali ini tidak menelan masa yang  lama seperti sebelum. Mungkin ini adalah keringanan yang diberi sebagai persediaan buat kami menjelang hari praktikum yang kian menyerang tidak lama lagi. Sesekali tentera kerisauan itu datang menembak segala [...]

Pencapaian

RUNSING dengan pencapaian murid. Terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Mereka masih belum berjaya menguasai kemahiran membaca. Tulisan, mendengar dan bercakap : tidak ada masalah bagi mereka melainkan beberapa orang sahaja. Kelmarin peperiksaan bahasa arab dijalankan. Semalam juga aku memeriksa semua jawapan. Agak mengecewakan. Markah yang kurang menyenangkan hati. Tahun 4 memberikan aku kerisauan yang [...]

Salam Alaikum

Salam Alaikum. Salam cinta baur rindu buat Ratna Mutu Manikam. Telah kutinggalkan sebegitu lama. Otak bagai tidak menerima apa-apa perahan. Bukan sibuk, bukan. Cuma barangkali tidak teringat. (Gelak) Maafkan kanda dinda Ratna. Beberapa hari lalu. Aku dan beberapa orang guru dari dua buah sekolah bahagian Pedalaman telah pergi ke Tenom untuk mengiringi pasukan bola tampar [...]

Kembali

SUDAH terlalu lama aku meninggalkan Ratna Mutu Manikam. Terlalu lama aku tidak membelainya dengan jemari sepuluhku ini. Majlis perkahwinan, memang terlalu rumit. Perlukan perancangan awal untuk melaksanakannya. Begitulah aku yang turut terlantik menjadi designer kad kahwin. Sebenarnya, pada awal-awal perbincangan, aku seperti berat untuk memegang tugas itu, namun setelah kunilai, barangkali tidak salah untuk aku [...]

Kemalangan

Kisah kemalangan yang berlaku di jalan Tuaran telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Orang ramai yang ada di tempat kejadian sedang mengerumuni mayat yang terbujur kaku. Pada masa yang sama, ada seorang pemuda yang ingin melihat mayat tersebut namun tidak berpeluang kerana terlalu ramai orang. Lalu dia mendapat idea lantas berkata : ” Ketepi! Ketepi! Dia [...]

Hari Inikan Jumaat

BUKAN mudah untuk menetapkan di kepala dan hati untuk berselawat kepada junjungan s.a.w. Pada hari-hari biasa adalah terlalu sukar untuk memperingati walau sedetik. Barangkali terdapat sesetengah daripada kita yang hanya berdiam ketika seseorang menyebut penuh nama junjungan s.a.w. Dan mungkin tidak dinafi mereka menjadikan hati sebagai penyahut. Apakah hari ini yang bernama jumaat dan terkenal [...]

Melepas

Kami menghadiri jemputan walimah seorang senior saya ketika di sekolah menengah dahulu. Orangnya rendah sahaja. Isterinya juga rendah sedikit daripadanya cuma, dek kerana kasut tumit tinggi, ketinggiannya terjejas. Sedang kami bercerita mengenai pengantin. Ibu tiba-tiba berkata perihal abg saya yang akan berkahwin dengan izin ALLAH pada bulan ogos ini. Kami bercerita mengenai tinggi mereka. Abg [...]

Tentang Bahagia

Adakah kebahagian menjadi milik anda? SALAH satu soalan yang terdapat dalam kertas soalan MEDSI. Jawapan ya atau tidak. Aku tutup mata, menjawab mengikut kaedah kira-kira satu hingga lima belas. Kulihat, jawapan itu seperti mengena diriku. Aku terus berlalu ke soalan seterusnya.

Terima Kasih TUHAN

MATAKU sudah siaga untuk katup. Terasa kantuk begitu kuat menghimpit aku untuk tidak lagi bangun. Lalu aku biarkan ia memerintah sekujur tubuhku. Dalam beberapa minit sahaja, aku merasakan mimpi telah datang membawa ruhku memasuki dunia lakonan yang sarat tragedi. Namun segalanya berkecai setelah aku mendengar kokokan ayam yang lahir dari telefon bimbitku menandakan ada mesej [...]

Tidak Perlu Bersusah Lagi

KIRA-kira hampir sepurnama telah aku pulaukan TV. Bukan kerana apa cuma aku tidak sanggup berdiri berulang alik menekan decoder astro untuk menukar saluran. Hampir sepurnama juga decoder kami telah meninggal akibat disambar kilat. Dan sepurnama jugalah kami terpaksa menggunakan yang lama. Yang besar berwarna hitam yang tidak mempunyai alat kawalan jauh itu. Hari ini hidup [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 37 other followers