Ceritera

Sekadar Bicara Pagi.

Sekadar Bicara Pagi.

Pagi mendatangi kami dengan wajah kemurungan. Rintik hujan berjaya melembabkan pakaianku saat menuju ke sekolah. Mujur, perjalanan hanya menelan masa selama 5 minit sahaja. Pada awalnya, bisikan langit yang dibingkis bayu seakan menyatakan bahawa tidak ada sesi perhimpunan akibat renyai-hujan. Namun setibanya di sekolah, terasa diri seperti berdiri di muara yang kanan adalah laut, kiri [...]

Kem Literasi al-Quran

Kem Literasi al-Quran

Kem Literasi al-Quran. Menjadikan pemilik jiwa yang bergelar murid lebih tekun untuk menghabiskan bacaan meski sekadar seketul-seketul huruf yang berjaya dibunyikan. Namun terdapat sebilangan yang berjaya menghabiskan bacaan seperti yang dirancang. Bantuan murid yang mampu membaca al-Quran dengan baik sangat bernilai.

Menunggu Bianglala

SEPI ini, adakala kerana kekeringan. Namun terus terang bukan kekeringan idea yang menyebabkan dinda Ratna Mutu Manikam ini terabai, malah hanya kerana pembaziran idea yang sering menjerat diriku. Mengapa aku kata pembaziran? Kerana acap idea itu mencurah, setiap detik aku menekan papan kekunci komputer riba di atas ruangan carian hingga sempurna menjadi alamat rumah dindaku [...]

Rindu Sebagai Guru

TIDAK tahu bila akan selesai urusan permasalahanku ini. Sebulan sememangnya boleh dikategorikan sebagai satu jangka masa yang cukup lama untuk penantian. Sering kunanti khabar baik daripada beberapa pihak yang mengurus dengan tungkus lumus demi menyelesaikan masalah ini. Kuhargai tenaga mereka. Sememangnya sabar ini aku akui seperti batuan di tepi pantai, acap dikikis dek ombak yang [...]

M

SAYA yakin semua orang pasti tertekan apabila duduk menanti jawapan yang sering membikin kepala pusing. Terkadang kita harus memahami bahawa manusia tidak lari dengan sifat perosak yang mencelakakan kehidupan. Huruf yang sama terletak di awal ejaan menggambarkan keserasian antara dua perkataan: Manusia dan Malas. Pelbagai alasan dan helah diberikan tatkala golongan perosak ini menapak dalam [...]

Sedarilah Kawan

Kawan, sesekali kita membawa diri kita menjelajah ke seluruh negeri manusia. Sering kita temui rencam ragam dalam tiap jasad yang dicipta khas dengan kemudahan yang terlalu istimewa bergelar otak. Dan sering juga kita lupa tiap gerak-geri dan perwatakan itu ada yang mewarisi. Namun bagi yang beku hatinya, tidak akan merasakan sekelumit kesedaran meski pelbagai balasan [...]

Kebimbangan

BENAR, terasa pantas masa berlalu. Sering aku menghitung peredarannya, namun sering juga aku ketinggalan. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi oktober akan beredar. November seperti biasa sering menanti dengan tidak sabar untuk mengenakan manusia. Gusar, risau dengan segala perasaan yang berperanakan sedemikian berbaur menghantui diriku. Inilah kerisauan yang sering dilepaskan tanpa ada usaha untuk membenteng. [...]

Sekadar Membasahi Gusi

TERLALU banyak jemputan rumah terbuka di akhir syawal. Seperti terkadang tidak tahu mana satu harus dituju. Demikian sambutan yang meriah masyarakat melayu. Aku, sememangnya gemar menghadiri mana-mana majlis. Melepak di kedai kopi, berjalan-jalan adalah salah satu daripada senarai hobi yang menjadi ketenangan buatku. Sekaligus semua ini adalah sumber silaturrahim dan persahabatan antara aku dan manusia [...]

Kegeraman!

Aku telah lalui jambatan praktikum yang sarat lubang dan paku yang bertaburan. Rencam pengalaman dan pengajaran telah kuraih tanpa pinta. Segalanya memberi segulung kematangan buatku untuk terus mendalami buana pendidikan ini. Berakhirnya praktikum ini dengan menyediakan aku pelbagai kerja yang menanti untuk dilaksanakan. Terdapat beberapa tugasan yang tidak masuk akal berjaya aku tolak. Sememangnya aku [...]

Bicara Kemerdekaan

SEDESAWARSA. Ya benar. Itu adalah jangka masa yang kira-kira terlalu lama. Barangkali dindaku Ratna ini telah karam di lautan rajuk. Biar kuceritakan segala rencam peristiwa yang kulalui. Aku masih lagi begini, sedang berdiri di atas sebuah titian perguruan yang semakin hampir ke penghujung. Tidak lama lagi akan aku duduki peperiksaan yang rasanya bakal berlangsung sepanjang [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 37 other followers