KOIR

2009 September 30
by Al-Fannani

AKU mengerti, alunan suara, kepaduan vokal itu perlu dalam KOIR, biar rencam pengalaman dalam bidang nyanyian telah kita miliki, namun ia tetap berbeza. Pengalaman baru ini, sebagai seorang ahli kumpulan KOIR guru-guru bahagian Keningau telah melukiskan serba sedikit keseronokan yang sudah tentu tidak ada dalam bidang lain.

Latihan sehari sememangnya tidak mencukupi, lebih-lebih lagi bagi orang baharu seperti aku. Namun bantuan ahli lain yang telah lama berkacimpung sementelahan pengalaman dalam nyanyian dan kawalan suara serba sedikit membantu aku untuk mudah mengikuti rentak, melodi dan nada. Biar aku tahu yang aku bukanlah kalangan manusia yang memiliki suara merdu.

Seperti setelah ini, aku harus meletakkan perkataan AHLI KOIR dalam jadual hidupku, walau tidak aku tahu sampai bila aku akan bertahan dalam aktiviti ini, dan barangkali ia hanya satu permulaan dan satu pengakhiran. Atau mungkin kekal hingga ku elepaskan langkah terakhir di suatu masa nanti.

Telah aku temui sebuah muka
yang cukup derianya
hidung mulut mata telinga.
Dan aku telah temui sebuah jiwa
sebalik sepah manusia di ufuk selasa.

Kujejaki sebuah mata
dalam semak jelingan yang menghentam-ku semalam.
Kudengari kumpulan kata
dalam samun bicara yang menyiram-ku semalam.

Manikam;yang mendatangi
menyinari duniaku yang lama padam.

3 Responses leave one →
  1. 2009 October 2

    dah jumpa manikam?

  2. 2009 October 28
    aku ler.. saper lagi... permalink

    acheQ… apa email ko erk..? aku lupa aa… email kat aku leh… ada menda sket aa nak suh ko tgk… celet…

  3. 2009 November 4

    email ku ialah al_fannani@yahoo.com . tidak berubah lah bro. inilah email yang dulu juga. Ehhe~

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS