Cerita Sekolah I

2009 July 18
by Al-Fannani

PAGI di daerah Keningau – bandar yang terletak di atas kawasan perbukitan – membawa kabus dan embun yang luar biasa. Sejuk, yang lahir dari pawana menterjemahkan kesegaran dan kemakmuran sebuah pagi, dihiasi dengan kicau burung yang rencam bagai tidak mempedulikan warna rupa dan bentuk pada bezanya. Pagi ini kelihatan langit disesaki mega legam yang sarat. Melitupi sang matari untuk memperlihatkan sinarnya. Sekali sekala cahaya itu berjaya menyentuh pohon mangga dan rumput, kemudian cahayanya menghilang, dan kerap begitulah berulang.

Duduk memerhati sekeliling. Riuh rendah murid menjadi sebuah melodi yang mencuit. “Cikgu, bolehkah kami yang bukan islam ini belajar arab?” Persoalan ini liar di pemikiranku. Terkadang rasa terharu dengan semangat mereka ini menjadikan aku berkobar-kobar ingin mendidik mereka dengan lebih tekun. Kesucian dan kejujuran yang terpamer dari wajah mereka, adalah sebuah kesungguhan untuk menjadi pelajar yang terbaik.

Teringat sebuah kejadian, saat kehadiranku bagai malaikat yang berlalu. Mulut-mulut yang bingar tertutup serta-merta dan mereka semuanya bersedia di meja masing-masing untuk belajar. Di baris hadapan, seorang budak bertubuh halus dan kurus, memakai baju putih yang kusut dan seluar biru yang tidak lagi terdaya untuk dizip kerana keuzuran. Menjadikan aku runtuh. Kucuba memaniskan lidah, kuuji anak itu untuk membaca dan mengeja. Khali. Tiada sepatah yang kudengar. Aku perhatikan anak matanya, tiada sekilas pun memandang ke arahku. Aku yakin, barangkali inilah yang dikatakan gerun dan gentar. Akhirnya aku berlelucon. Tawanya keluar juga. Dan sebenarnya anak itu tidak reti membaca, apatah lagi mengeja.

Suatu masa aku arahkan murid-murid untuk keluarkan buku. Terdapat sebilangan yang tidak membawa buku.  Dengan muka yang tidak senyum. Aku bertanya kepada mereka yang gagal membawa buku teks. Ada yang hilang, dan ada yang punya alasan. Caroline, seorang murid yang bagi aku bijak, dan yang paling lancar mengeja dan membaca kalimat-kalimat yang tertulis dalam bahasa inggeris, merupakan salah seorang yang tidak membawa buku pada hari itu. baharu aku bertanya dua soalan. Aku pandang ke kiri sejenak, kulihat semula ke kanan, terdengar esakan halus. Aku buat tak tahu.

Esoknya, guru sains bercerita kepada aku, rupanya murid-murid kelas itu semuanya takut dengan aku, mereka kata aku terlalu garang. Mendengar berita itu, aku dan beberapa orang guru KPLI lain tertawa bagai tak percaya.

4 Responses leave one →
  1. 2009 July 19
    Rian permalink

    Tahniah kerana telah mengharungi kehidupan di daerah Keningau. Banyak lagi rintangan yang perlu dihadapi. Adakah saudara seorang yang garang? Ya. Bagi murid kerana mereka belum dapat membezakan garang dengan tegas. Tidak. Bagi rakan sejawat mahupun rakan yang telah mengenali perwatakan saudara. Semoga saudara dapat mendidik anak murid sehingga mereka berjaya.

  2. 2009 July 22
    Wawa~ permalink

    Salam..abng achik pe kabar??
    harap2 sihat & ceria2 sllu..
    waaa….tahniah dah jadi seorng pendidik anak bangsa daa…
    siap anak murid cakap cikgu garang lagi 2…
    anak2 murid smue n nak bg taw..jgn takut2 ngan cikgu nashreeq n…
    die x garang pon..saje2 je wat garang..hehehe…
    ape2 pon selamat maju jaya la tuk abng achik…
    Jangan lpe saya di sni…nnti klu dah mkn nasi mnyak 2..jgn lpe la jemput yerk..
    x dapat datng dapat kad sudah la…
    Abng achik saya dah nak balik mesia da…ade mase meh la jalan2 sane..=)

  3. 2009 July 22
    hilwa permalink

    Ustaz fannani garang ya.. Sabar, dalam mendidik perlu banyak kesabaran. Semoga terus gagah dalam menempuh onak duri pepohon mawar di sana.

    “Teaching is a journey, not a destination” Teruskan muhasabah.. InsyaAllah u gonna be a wonderful teacher.

  4. 2009 July 23

    Salam..hehehe.. tuk ilangkan boring ja..

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS