Catatan Hari Pertama
Alhamdulillah. Syukur buat ALLAH, Pencipta yang Maha Agung.
Sememangnya sudah terlalu lama tidak kujenguk dinda Ratna Mutu Manikam ini. Berani, aku akui ini adalah angkara kesibukan yang mendatangiku secara mendadak. Demi menjadi seorang insan yang bernama guru. Syukur, aku telah selesai orientasi dan segala program dan aktiviti awal. Kini aku telah ditempatkan di sebuah sekolah yang terletak di daerah Keningau. Sekolah yang bernama S.K. Bulu Silou. Di sinilah bermulanya langkah untuk kukukuhkan akar biar mudah menumbuh.
Kelmarin, adalah hari pertama aku menjejak kaki ke sekolah. Kehadiranku disambut ramah oleh guru-guru. Tiada kata yang mampu kuciptakan dari mulut dan lidah hanyalah sejenis kesyukuran yang sangat bernilai buat ALLAH s.w.t. Selesai ku berjumpa guru besar. Aku memohon perlepasan buat beberapa hari untuk menyelesaikan urusan peribadi, mencari tempat tinggal dan segala yang berkaitan. Alhamdulillah, permohonan ku diluluskan.
Hari pertama keberadaanku di sekolah, aku telah diarahkan untuk mengikuti sukan yang akan diadakan pada setiap petang sempena hari guru. Teruja juga meski kondisi badan belum berada di tahap yang sebenar ekoran keletihan kala program BIG tempoh hari. Lalu kuhadiri juga, dan keseronokan itu aku temui di atas sebuah padang. Kiri ada ramah dan kanan aku temui ukhwah. Akhirnya, kumpulan kami menang dalam kedua-dua pertandingan yang diadakan iaitu bola tampar dan bola baling. Aku tergolong diantara golongan penjaring yang harus diawasi. Betapa lucu juga jika dibayangkan. Kerana aku tidak sebegitu pakar bermain bola baling. Walhasil, kami berjaya juga.
Usai itu, beberapa orang kami, duduk bersantai sambil minum di sebuah restoran berdekatan. Membasahkan tekak sambil berkisah tentang segala rencam cerita.
Dan sebelah malam, aku dan dua orang kawan keluar mencari rumah. Dan akhirnya kami telah temui sebuah rumah yang memuaskan. Kedudukan yang tidak jauh daripada sekolah tempat kumendidik. Segala pujian dan kesyukuran aku berikan kepada ALLAH yang telah memudahkan segala urusan.
Esok, pada hari jumaat malam sabtu, aku diarahkan untuk hadir ke sebuah hotel bagi meramaikan acara penutupan hari guru peringkat sekolah. Namun, aku masih meragui kemampuanku. Kerana perancanganku adalah pulang ke kampung untuk mengurus barang-barang dan selainnya. Akan aku fikirkan jawapannya setangkas mungkin.

alfun mabruk..kerna cita2 anda untuk mendjadi guru tercapai..mudah-mudahan dapat jadi guru yg baik dan berdedikasi.. InsyaAllah..
salam,maaf,menjenguk tanpa dijemput..apapun slmat berjuang..
Tahniah kerana berjaya menjadi seorang warga pendidik.. Perjuangan untuk mendidik anak bangsa mesti diteruskan walaupun apa jua rintangan yang melanda.
Alhamdulillah kerana sudah selesai orentasi. Cabaran baru bermula, InsyaAllah semoga kehidupan baru dipermudahkan.. Aamin..
salam ustaz…
wah seronoknya dapat sekolah kat area keningau… impian saya tu..
apapun pengalaman saya bertapa kat IPG keningau tu.. cukup menyatakan bahawa murid2 kat sana tu sangat sukakan ilmu dan sangat menghormati insan yang bergelar guru… ermm… semoga berjaya.. didik anak bangsa kita baik2 ingat ” ajar mereka bukan marah mereka”