MAHA SUCI ALLAH

2009 June 20
by Al-Fannani

Malam itu aku kata aku ingin bangun lewat, agar aku lupa hari ini adalah keputusan. Dan pernah pada hari lalu, seperti aku inginkan 17 hb ini dipadam, biarkan menjadi tahun lompat. Pernah juga aku katakan, aku ingin menutup komputer riba ini untuk beberapa hari demi menghilangkan debar dan gentar. Terlalu banyak yang ingin kulaku dan perkata, segalanya demi sebuah hari yang lahir pada 17  jun. Hari yang menjadi taruhan buat segala keputusan yang telah kulakukan.

Jiwa, sememangnya redup kegembiraan. Tatkala hati menjadi terlalu bahagia, mata mula mempamerkan kebasahan. Barangkali ini suatu kegembiraan. Ya mungkin.

Telah nyata, istikharah itu sememangnya berkesan jika dibikin dengan tekun dan gigih. Segala jawatan dahulu yang kutolak, semuanya adalah hikmah. Aku yakin, bisikan TUHAN itu adalah yang terampuh. Ragu was-was dan waham pasti akan lumpuh.

Alhamdulillah, isnin ini aku akan memulakan pembelajaran untuk meraih diploma pendidikan. Katanya, aku berjaya memasuki KPLI-JQAF untuk mata pelajaran bahasa arab. Lantas, aku perlu bergegas menyediakan segala dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran kelak. Kepada kalian yang sering mendoakan, semoga ALLAH terus merahmati kalian.

Masih banyak yang perlu kuatur demi sebuah mukadimah perjalanan menjadi guru. Semoga ALLAH terus permudahkan segala urusan.

2 Responses leave one →
  1. 2009 June 20

    mabrouk alaik, ustad nash!

    gile name, takleh bla..ekeke..

    duk sabah jer..=P

  2. 2009 June 21
    hilwa permalink

    Alhamdulillah.. Sungguh indah dan besar rahmat dari NYA untuk kita. Segala keperitan dan pengorbanan yang telah dilalui terasa manis kini. Selamat menjalani episod dunia baru di sana. Aku doakan semoga segalanya dipermudahkan dan kamu sentiasa diiringi jaya.

    Buat yang terbaik Al-fannani!!

    Jazakallahu khair wa barakallahu fiikum.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS