Amanat Guru Besar
SIAPA sangka kehadiranku di S.K. Sahabat 16 tempoh hari mengundang sengih oleh pakcikku. Tidak sampai beberapa minit bersemuka dengan guru besar, aku sudah diberikan tugas: menulis khat. Tugas ini rasanya tidaklah begitu berat cuma memerlukan bakat untuk menghasilkan tulisan yang berkualiti dan kemas. Aku rasa aku punya bakat itu. Walau tidak sampai ke tahap PAKAR. Dan aku tidak tergamak untuk menolak tugas ini kerana aku yakin, pengalaman lalu menghias dinding sekolah dengan tulisan khat cukup untuk membuktikan yang aku boleh melakukannya. Lalu aku dengan tenang menjawab pertanyaan sang guru besar dengan jawapan ” InsyaAllah”.
Dalam perjalanan pulang, aku teringat sesi ceramah ringkas dari guru besar. Antara frasa yang melekat di cepu kepala ialah :
Sekolah ini besar, banyak kelas. Saya sekiranya ingin ke kelas, saya akan langkah 2 anak tangga. Dan saya nak Khairoul langkah 3 anak tangga sekali.
Tergelak juga kalau dikhayalkan kata-kata guru besar ini. Mana mungkin aku melangkah 3 tangga sekali. Nanti masuk kelas ditertawakan oleh pelajar akibat seluar koyak seperti digigit binatang yang rakus. Takpun, keluar bilik guru dengan gaya macho dan lagak juara Mr. Universe, masuk kelas jadi ahli OKU cacat terlebih pula nanti. Tapi aku mengerti, maksud yang tersirat. Guru Besar itu sebenarnya mahukan kita tepati masa. Dan tidak mahu kita berlengah membuang masa.
Banyak juga wasiat guru besar hari lalu. Sindiran juga ada. Kelalaian aku tidak mengenakan songkok pada hari itu. Pada hemat aku, mereka fikirkan yang aku akan terus bertugas namun sebaliknya aku hanya ingin melapor diri dan meminta izin cuti untuk menyelesaikan urusan kesihatan dan sebagainya yang telah diarahkan sebelum mula mengajar. Malangnya, kini aku sedang duduk di atas sebuah bangku berwarna ragu. Menanti kehadiran sebuah sinar kuning dari daerah yakin.

Hahaha.. tergelak bila membayangkan aksi Al-fannani naik 3 anak tangga skali.
Bila di amati, dalam juga maksud Guru Besar tu kan.. Nampaknya mereka sudah letak harapan yang tinggi.. hmm.. berat juga ya kalau mau ditimbang..
Semoga Allah berikan petunjuk dan ketetapan hati.. Aamin..
sampai ke anak tangga ketiga tu?:-?
dah nak tergelak tergolek-golek ni..:-”
tangga saiz budak2 tadika atau saiz remaja maskulin?=P
kurang asam. Al-Fannani ni boleh dikatakan seorang yang tinggi juga tau. Tumbuk ni kang.
hahahahha..jadi alim lah kau nih..ustaz gudboy..kakakka…besehhah werraahhhhahhhh
Alim? Ngahhhhh… Ging. Kau dulu nda pandang aku time kau jadi ketua khat kan. Sumbung tahap munyit. Kau tengok sekarang. Malas aku mau mengancang. Lu fikirlah sendiri. Haha.
salam ustaz…. begitu jauh lembah yang kita masuk, lebih tinggi dan dlm lagi harapan org2 di sana. mungkin ini satu amanat dari GB, tapi nama ustaz tu takkan dipilih tanpa kuasa dan izin Allah…
apapun datanglah ke sini, kami semua menantikan kehadiran ustaz tanpa rasa sabar…..
Semua guru di sini kirim salam….menghitung hari kedatangan ustaz
Walaikomsalam. Kepada cikgu lama. Saya akur dengan keputusan yang saya raih dari istikharah. Saya rasa saya perlu tunggu sampai keputusan kpli keluar dahulu. InsyaAllah dalam bulan ini.
Semoga dengan izin Allah, menempatkan saya di SK. Sahabat 16 sekiranya berjaya terpilih antara guru KPLI-JQAF nanti.
Bersama doakan saya ya
Salam kembali kepada semua guru di sana. Mohon maaf dari saya kerana terpaksa menangguh kedatangan.
salam ustaz… ermm.. SELAMAT DATANG KE DUNIA PENDIDIKAN…
apapun ustaz.. jgn terasa hati.. sedih membaca rasa hati awak yg satu lg tu.. bukan marah… cuma kecewa dengan pemikiran yang ada… kita ni kan org bumiputra sabah.. dan untuk pengetahuan ustaz.. golongan pendidik agama islam ini sangat kurang di sabah… apatah lagi yg berada di bahagian lahad datu ini… kalau dah MTQ, atau mesyuarat guru2 agama dan J-Qaf… majoritinya ustaz dan ustazah di kalangan org semenanjung, hinggakan saya terpikir.. ke manakah warisan ulama (ustaz ustazah) di kalangan org bumiputra sabah ini? ka… takut sangat mau jadi ustaz…
apapun ustaz yang kita dapat, kita harus bersyukur, apapun halangan yang ada kita kena hadapi dengan tabah, apapun dugaan yang melanda kita kena menghadapi dengan sabar… segala keputusan jgn toleh belakang tapi cuma hadapi apa rintangan yang mendatang… sapa tahu… rencana Allah yang dinukilkan…
mungkin ada hikmahnya Allah meletakkan diri ustaz sbg GSTT di sini, mungkian ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan, sesuatu yang belum diterokai dalam diri awak… mungkin??!! apapun ustaz… terima kasih atas luahan hati awak tu… semoga Allah memberikan ustaz petunjuk yg sewajarnya dan yg terbaik.. Amin
Walaikumsalam. Terima Kasih. Saya sebenarnya bukan menolak dengan lagak angkuh kerana wang semata-mata. Lebih-lebih lagi kerana gstt sahaja. Namun saya menolak pertamanya setelah saya istikharah. Itu sudah jawapan dari ALLAH bukan? Kalau setelah saya istikharah TUHAN tunjukkan saya untuk ke sekolah itu, maka saya pasti sudah ke sana. Terkadang saya terfikir, untuk berperang atau berjuang kita harus bersiaga, berusaha untuk berjaya, bukan sekadar membawa pisau, untuk melawan tentera bersenapang. Begitu juga dalam apa-apa peperiksaan, harus ada usaha dan persediaan, bukan sekadar mengharap ” InsyaAllah, TUHAN bantu aku”, doa memanjang tanpa setitik usaha. Itu juga salah.
Saya bukannya tidak bersyukur, namun saya ada tawaran lain, yang ada kekosongan. Di sebuah sekolah menengah. Dan saya renung dalam-dalam, fikir dan berdoa, juga bertanya kepada ramai orang, hasilnya, saya dapat keputusan. Kita juga harus memilih yang terbaik daripada segala yang baik bukan? Jadi saya bukan tidak bersyukur. Cuma memilih yang terbaik daripada yang baik. Saya rasa kalau kamu pun, kamu akan buat sedemikian.
Saya tahu memang banyak keperluan guru agama. Mungkin kerana saya ni di bawah lingkungan Guru Sandaran Tidak Terlatih, yang tidak tetap, bila-bila masa boleh ditendang, mungkin ini salah satu sebab saya menolak atau menangguh. Dan saya mengambil langkah untuk memohon di sekolah menengah yang berdekatan. Berlainan dengan kamu, hemat saya kamu guru tetap, jadi sememangnya tidak perlu risau. Sekiranya saya dapat jawatan tetap, saya pasti tidak menolak. Bukan saya TIDAK BERSYUKUR.
rasanya tidak perlu saya bersyarah panjang. Kamu seorang guru, saya yakin kamu cepat faham.
benarlah kata lukmanul hakim
“jangan terlalu mengikut kata org, takut kita gila kerana kata2 itu. Tapi jadikan kata2 itu sebagai garis panduan agar kita lebih bijak berfikir, berkata dan bertindak agar tidak tergelincir ke arah yang salah.” sesungguhnya Allah memberikan kita akal…. tapi akal kita tak mampu melangkaui apa yang akan berlaku kelak.. tapi kita akan diberikan petunjuk…Apapun… mungkin ada khilaf yang terpalit tanpa sengaja… terimalah dan belajarnya menanganinya.. Insya Allah… ada hikmah disebalik kejadian….
Alhamdulillah
Ust,
Bulan Jun yg lepas,,, ada pengambilan khas pedlaman J-qaf ngan kpli..
Smasa saya mendaftar masuk di salah sebuah Institut Pendidikan Guru.., sedihnya tidak ada bakal pelatih J-qaf yg mendaftar masuk.. Menurut pensyarah IPGM berkenaan, calon2 yang berjaya menolak tawaran ini berikutan ambilan Jun ini adalah ambilan khusus untuk pedalaman…mengapa masih wujud persepsi sebegini di kalangan mereka yg tpelajar? fikir2kan la..
Yg pastinya, tahun 2010 akan menjadi sejarah buat saya sebagai guru pedalaman… dalam usia yg muda ini, sya sedar bahawa terlalu banyak risiko yg saya akan tempuhi…..namun, setiap apa yg kita jalani kini…seharusnya diperjuangkan sehingga ke akhirnya…ketandusan ilmu di kalangan kanak2 pedalaman itulah yg menjadi pembakar semangat………….
Mengenai kes-kes pedalaman ni, saya tidak berani untuk mengulas. Kerana saya yakin, setiap mereka punya pendirian dan matlamat mereka tersendiri. Bagi saya, sebagai seorang guru pelatih ambilan jun, saya tiada masalah kerana saya hanya perlukan sesuatu yang berstatuskan TETAP. Dan di IPGM kami, seramai 14 orang daripada 19 yang datang. Dan rata-rata yang tidak datang itu daripada mereka yang tinggal di seberang. Mungkin mereka ada masalah-masalah tertentu yang menghalang mereka untuk datang atau menerima.
Anda telah berjaya mengharungi cabaran. Tahniah. Teruskan. Namun kita harus ingat, tidak semua orang punya ketabahan seperti yang kita ada. Mungkin mereka membuat keputusan setelah beristikharah memohon dari Allah. Di situ mereka temui jalan dan keputusan. Kita hanya mampu menasihati. Saya juga punya cabaran di tempat saya mengajar sekarang. Tiap daerah dan pelusuk punya cabaran tersendiri. Yang penting, kita sama-sama berusaha menyalurkan Ilmu Allah dengan ikhlas.