S.K Sahabat 16, Lahad Datu

S.K. Sahabat 16, Lahad Datu
AKU terkejut ketika sesi penyerahan surat perlantikan dan penempatan. Namaku disebut, kemudian nama sekolah yang berjaya menjemput riuh-rendah bilik gerakan S.K. Pekan 1, Lahad Datu. Sedihnya, aku tidak layak mendapat elaun hidup susah sekalipun S.K. Sahabat 16 ini, kedudukannya terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit dan jaraknya daripada Bandar Lahad Datu kira-kira seratus lebih kilometer.
Kini, aku berada di kampung halaman. Pulang seketika untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan akuan sumpah. Aku mohon perlanjutan tarikh lapor diri hingga lepas cuti semester nanti.
Buat masa ini, aku sedikit berat untuk mengajar di SK.Sahabat 16 itu kerana beberapa sebab. Dan aku berhajat untuk membuat permohonan perpindahan ke sekolah yang terletak di bandar. Sekiranya jawatanku ini berstatus tetap, maka tanpa waham aku akan bertugas di sekolah tersebut. Namun, beberapa sebab ini, membuatkan aku berfikir dalam-dalam. Aku juga turut menerima nasihat dan saranan daripada pakcikku yang membawa aku ke S.K. Sahabat 16 hari lalu. Dan kata-katanya itu seolah-olah menyarankan aku untuk berfikir dan membuat pemilihan yang tepat. Pening.
Moga-moga istikharah membuah hidayah dari ALLAH

Semoga diberi petunjuk dan dipermudahkan.. Aamin..
Sabar acek.. jangan pening2.. apa pun pilihan tawakkal ‘alAllah. Sesungguhnya DIA sudah tentukan di mana kita dipenghujungnya, dan ketentuanNya adalah segala yang terbaik buat kita..
salam…..mak aih…besaqnya sekolah enta…sekolah ana kcik je…1 sek hnya 46orh student je…cikgu2 ade 11org je…alhamduillah…rezqi enta disini…mudah2an ALLAH merahmati serta memberkati enta…INSYA’ALLAH…
kami di sahabat 16 ok je’’selesa dan bahagia. Datang la cini rasa dulu hidup disni’
allo ustaz teruk sangat ke sahabat 16 tu?.. saya ni dari semenanjung sikit pun tak mengeluh pasal duduk dalam felda yang banyak sawit ni.. syukur la dapat keje dari duduk kat rumah keje pun tak de.. masa belajar dulu ustaz kepada awak x ajar ke erti bersyukur?… betul ke ustaz ni ke ustaz celup jer..
Tahniah buat kamu kerana tak mengeluh. Datang pula dari semenanjung. Tahniah.
Harap-harap dengan kesanggupan kamu itu, dan dengan status kamu sebagai guru menjadikan kamu lebih bijak memilih kata untuk berbicara
salam ustaz.. sebenarnya sedih baca blog awak nie, saya ni dah 20 tahun mengajar kat sekolah nie, anak dah 12.. tapi alhamdullillah… bini saya pun dah masuk 2, anak2 saya dah 8 org pergi pergi ke U.. tanpa duit elaun hidup susah.. hanya sekadar gaji permulaan seorang guru lepasan SRP sahaja… alhamdulillah… cikgu jgn giv up… sedangkan cikgu GSTT dah demand lebih… ini lagi kalau jadi cikgu tetap… Syukurlah cikgu tak dihantar di ceruk2 pendalaman, yg di bawah rumahnya banyak BABI… Syukurlah cikgu tak naik perahu… pergi ke sekolah… tak pakai but untuk mengelak lumpur… syukurlah cikgu… sedihnya… inikah warisan ulama & pejuang islam… belum masuk ke medan perang, sudah inginkan macam2 kesenangan… apapun… kita ini manusia, siapa tau, sekolah kelapa sawit ini bakal menjadi sekolah yang terbaik di sabah… kalaulah cikgu berkira sangat pasal ini, fikirkanlah saya yang org lama nie…
Oh. Terima Kasih atas komentar kalian. Harap-harap telahan kalian benar-benar belaka. Sekiranya tidak, terserah kalian untuk menanggungnya.
Tulisan saya ini tidak sekali-kali menghina atau memburukkan sekolah atau sesiapa yang berkenaan. Sekadar rasa hati saya ketika saya mencari petunjuk dari TUHAN. Kalau semua ini membuatkan kalian cikgu-cikgu yang budiman sakit hati dan tidak puas hati, saya mohon maaf.
Saya punya hak bukan untuk tentukan arah tuju diri saya? Doakanlah saya moga diberi ketetapan dan petunjuk.
salam…..
relaks n tenang ja terima tugas di sk s16..pasti ada hikmahnya…
saya dulu pun mcm ustaz juga xnak masuk mengajar di felda… tp akhirnya xnak pindah kluar dr felda plak..hehehe
tp sya da pindah p LD da… selepas sekian lama x mohon pindah bila tahun ke-6 bru dpt.hehehehe
……….
Walaikomsalam. Kepada semua bekas-bekas sahabat 16, terima kasih. Anda semua memang hebat. Saya dah beri sebab kenapa saya tolak dengan panjang lebar. Semoga kalian memahami.
im the student.i school at sk sahabat 16 2007 – 2009 i like that school it is awesomeeeeee i like my teacher .