Lahad Datu

2009 May 16
by Al-Fannani

MASAKU telah dirampas oleh temuduga yang berlangsung selama 2 hari berturut-turut. 13hb lalu sesi temuduga terbuka telah dijalankan di beberapa buah negeri. Sabah adalah salah satu antara negeri-negeri tersebut. Siapa yang datang pasti teruji kesabaran. Terlalu ramai siswazah yang menganggur. Aku adalah salah satu diantara golongan itu. Kedatangan pada hari pertama tidak menjanjikan kesempatan untuk ditemuduga. Lalu pulang begitu sahaja setelah matahari tergelincir kira-kira jam 7 petang. Esoknya aku punya temuduga lagi iaitu temuduga KPLI-JQAF. Jadi aku harus membuat persediaan yang lebih rapi.

Esoknya – 14hb Mei – aku menghadiri temuduga KPLI-JQAF bersama beberapa orang peserta lain yang datang dari rencam tempat sekitar negeri Sabah. Kami berhimpun di Maktab Perguruan Gaya Kota Kinabalu. Agakku ramai yang akan datang namun, hanya 6 calon sahaja yang dipanggil untuk menjalani sesi temuduga hari itu. Aku tidak tahu, barangkali aku sememangnya seorang yang sering disoal dalam jangka waktu yang lama. Seperti pembentangan tesis ketika berada di Morocco. Aku adalah pelajar yang paling lama disoal siasat. Dan ketika temuduga individu untuk KPLI, aku mengalami situasi yang sama. Hampir sejam sesi soal dijalankan banding calon lain yang hanya memakan masa 30 minit sahaja. Hendak dikata aku keluaran luar, ada juga seorang graduan dari Jordan yang ditanya sekitar 30 minit sahaja. Mungkin ini adalah antara cabang-cabang cubaan dari TUHAN. Bertutur dalam bahasa arab itu tidak boleh dinafikan. Walau sedikit gentar dan gegar, alhamdulillah, aku berjaya membuktikan yang aku boleh bertutur baik dalam bahasa arab. Kemudian setelah selesai temuduga KPLI aku terus mengejar temuduga yang satu lagi. Letih!

lahad datu

Dalam masa beberapa hari lagi, aku akan berhijrah ke satu bandar yang agak jauh dari rumahku. Kelmarin, aku menerima panggilan dari bahagian pendidikan. Seorang ustaz memberitahu aku telah berjaya temuduga GSTT lepas. Dan aku dikehendaki menghadiri hari perlantikan dan taklimat pada 22 hb ini. Nak bernanah mata mendengar nama tempat yang disebut. Takdir dari TUHAN meletakkan aku di tempat yang jauh seperti berada di Morocco dahulu. Aku – dengan izin ALLAH – akan mengajar di Sekolah Kebangsaan Pekan 1 Lahad Datu sebagai guru kontrak. Jarak daerah Lahad Datu dengan tempatku sekarang memakan masa sehari untuk sampai. Lihat nama tempat yang telah dibulat dengan dakwat merah di dalam gambar rajah di atas. “Sabar Al-Fannani. Anggap ini sebagai batu loncatan buat dirimu”. Nasihat seorang kawan yang terlalu rapat buatku. Merci Boucoup

3 Responses leave one →
  1. 2009 May 16

    Tahniah sekali lagi kerana terpilih menjadi pendidik. Lahad datu memang agak jauh, tapi berita baik untuk pendidik ialah cutinya lebih skit.. huhu ikut cuti sekolah.. InsyaAllah pejam celik sekejap saja masa berlalu.. Selamat berjuang dalam mendidik anak bangsa :) mungkin nanti2 di beri peluang jadi pendidik d s.k kuala? huhu.. sekolah lama.. sapa tahu..huhu

    Bittawfiq wannajah..

  2. 2009 May 17

    wa..jauhnyer bah~.tahniah..susah ke abg acik kpli tuh? cerewat gak yer..

  3. 2009 May 17

    Assalamualaikum..

    Mabruk!
    Selamat Hari Guru (dah layak bergelar pendidik)
    Semoga diteguhkan hati menjalankan amanah besar itu…

    Harap tidak berhenti menulis walau dah berkhidmat di sana.

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS