Terima Kasih TUHAN

2009 May 1
by Al-Fannani

MATAKU sudah siaga untuk katup. Terasa kantuk begitu kuat menghimpit aku untuk tidak lagi bangun. Lalu aku biarkan ia memerintah sekujur tubuhku. Dalam beberapa minit sahaja, aku merasakan mimpi telah datang membawa ruhku memasuki dunia lakonan yang sarat tragedi. Namun segalanya berkecai setelah aku mendengar kokokan ayam yang lahir dari telefon bimbitku menandakan ada mesej masuk. Dengan keluhan yang kencang aku membuka mesej itu sambil mata kubesarkan melerai kantuk.

Dadaku terasa diketuk-ketuk degupan yang kuat. Tubuhku menjadi terlalu segar baur ketakutan. Kantuk sekaligus nyah. Lekas aku bangkit dan menuju ke arah meja komputer ribaku. Aku tekan butang ‘on’ lalu beredar ke ruang dapur untuk mereguk beberapa gelas air. Bimbang semakin merebak ke segenap tubuh. Aku kembali semula ke meja komputer ribaku. Pautan itu aku buka dengan cepat. ‘Bookmark‘ ini benar-benar membantu kita untuk cepat sampai ke laman yang telah kita simpan. Kulihat benar kata kawanku, keputusan untuk temuduga bagi KPLI yang telah aku duduki peperiksaannya itu telah keluar. Aku lekas menekan dan memasukkan nombor kad pengenalanku. Saat ini aku rasa lidahku kering. Tiada liur yang kurasakan hanya zikir yang membanjiri. Aku cekatan menutup mataku rapat-rapat dengan kedua tapak tanganku. Seperti aku tidak ingin mengetahui apakah keputusan yang akan kuperolehi. Aku tunduk sementara menunggu page itu terbuka seluruhnya. Dadaku sejuk dan ragaku gigil.

Basmalah kujadikan mukadimah gerakanku. Kusingkap jemari dengan perlahan. Hanya mata sebelah kanan yang kucelik. Kulihat tulisan TAHNIAH berwarna merah bersaiz 30 aku kira terpampang di kepala segala aksara. GAMAM. Tubuhku keras setagal. Kemudian aku mencari lantai dan kusentuhkan dahi sambil mulutku melafazkan segala kesyukuran buat TUHAN.

3 Responses leave one →
  1. 2009 May 1
    emon permalink

    congrates!!!

    may the bless of Allah is always be with u!

  2. 2009 May 3
    aihumaira permalink

    kakkoi…tahniah!Selamat belajar utk mendidik anak bangsa ye…akak tumpang hepi…wahhhh..bertambah sorang lagik cekgu nie…hiiii

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS